Tuesday, 5 June 2018

Terengganu Jalin Hubungan Baik Dengan Pusat- Ahmad Samsuri

SHARE



Ahmad Samsuri bersalaman dengan tetamu termasuk kanak-kanak yang menghadir iMajlis Berbuka Puasa Daerah Dungun, di Masjid Hadhari Paka, petang semalam . Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim

Kerajaan negeri akan menjalankan hubungan yang baik dengan kerajaan Persekutuan,walaupun mungkin berbeza pentadbiran politik, demikian ditegaskan oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Katanya, bukan Terengganu sahaja, malah negeri-negeri yang lain juga yang berbeza kedudukan politik memerlukan hubungan yang baik untuk kepentingan rakyat, kerana politik di negara ini masa kini amat unik sifatnya.

Beliau mengulas pertemuan Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan beliau selaku mewakili pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pagi semalam.

Ia adalah pertemuan tidak rasmi, tidak ada apa apa agenda khusus dibincangkan, katanya ringkas.


“Kami amat berbesar hati atas penerimaan Perdana Menteri bagi pertemuan itu. Yang
penting ialah keperluan memperkasakan hubungan kerajaan negeri dan pusat,” katanya kepada wartawan di Majlis Berbuka Puasa Daerah Dungun, di Masjid Hadari Paka petang semalam.

Turut hadir, pengerusi Jawatankuasa pelaksanaan Syariah, pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Paka.

Ahmad Samsuri berkata, Perdana Menteri turut memberi respon yang sama mengenai perkara itu (hubungan yang baik negeri dan Pusat).

Ditanya adakah dalam pertemuan itu dibincangkan mengenai royalty minyak, Dr Samsuri berkata beliau tidak mahu menyebut apa apa lagi tentang perkara itu kerana pertemuan dan perbincangan pagi semalam adalah “private discussion’.



 “Yang penting kita memikirkan perkara ke hadapan, perkara yang lepas, dikira lepaslah tidak perlu dibangkitkan,” tegasnya.

 Beliau tidak menolak kemungkinan akan ada pertemuan susulan lagi selepas ini.

Menteri Besar Terengganu itu juga memberitahu pada 27 Jun depan akan ada Mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan dihadiri oleh Menteri-Menteri Besar.



SHARE

Author: verified_user

0 komen: