Sunday, 10 June 2018

Semak Status Permohonan Dana Raya Mulai Hari ini

SHARE

Pemohon  Dana Bantuan Aidilfitri 2018 boleh menyemak status permohonan masing-masing melalui laman sesawang di alamat http://idana.terengganu.gov.my mulai hari ini.

Agihan wang dana secara berperingkat-peringkat itu akan disalurkan melalui  akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai esok (11 Jun).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, kepada pemohon yang tidak mempunyai akaun bank itu, Setiausaha Kerajaan Negeri akan mengeluarkan baucer yang boleh dituntut di pejabat daerah berdekatan.

Katanya, baucer hanya boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan sama ada di Terengganu mahupun luar Terengganu. Manakala tempoh sah laku baucer adalah selama tiga bulan bermula 11 Jun sehingga 11 September depan.

“Berdasarkan rekod, seramai 277,619 individu yang dikategori sebagai berpendapatan rendah, Orang Kurang Upaya,  ibu atau bapa tunggal dan warga emas layak  menerima dana raya melibatkan peruntukan RM69.4 juta  pada tahun ini.

“Daripada jumlah itu, seramai 192,432 individu  akan menerima dana raya melalui BSN manakala selebihnya iaitu 85,187 individu dibayar secara baucer,”katanya yang dihubungi Teganukita .
.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: