Monday, 25 June 2018

Rujuk Pakar Atasi Hakisan Pantai Geliga, Kuala Kemaman

SHARE



Kerajaan negeri akan mendapatkan khidmat pakar kejuruteraan pantai dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam masa terdekat susulan ancaman hakisan yang berlarutan di Pantai Geliga, Kuala Kemaman.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata pada masa sama akan merujuk penyelidik dari mana-mana universiti bagi mencari alternatif, sumbangan idea dan kepakaran yang boleh membantu mengatasi pemasalahan itu tanpa menanggung kos yang terlalu tinggi.

Katanya, kerjasama dengan Kerajaan Pusat juga diharapkan dapat berterusan bagi membina benteng pemecah ombak sepanjang 2.5 kilometer yang membabitkan kos RM30 hingga RM40 juta.


“Kerajaan akan berusaha mengatasinya secepat mungkin kerana menyedari penting untuk keperluan nelayan keluar dan masuk mencari rezeki, pelancong dan masyarakat setempat,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengadakan tinjauan Taman Rekreasi dan Zoo Mini Bukit Takal, Kemaman, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya

Ahmad Samsuri turut memberitahu perkhidmatan Kemaman Shuttle akan disambung semula dengan beberapa penambahbaikan.

"Kita akan tengok dan perincikan kembali sama ada dari segi kekerapan serta jalan mana yang akan dilalui dan semua itu akan dilihat kembali mengikut keperluan yang diperlukan rakyat,"katanya.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: