Wednesday, 6 June 2018

RM6.3 Juta Bonus Untuk Penjawat Awam Di Terengganu

SHARE

Mohd Nor ketika sidang media selepas mesyuarat mingguan exco, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim

Bagi menghargai perkhidmatan yang telah disumbangkan oleh penjawat awam, kerajaan negeri pimpinan Pas bersetuju memberi bonus sebanyak RM500 kepada setiap seorang dengan peruntukan lebih RM6.3 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah ketika mengumumkannya berkata, insentif itu akan dinikmati oleh lebih 12,000 penjawat awam di seluruh negeri yang berstatus tetap, kontrak, sementara tanpa penjawatan dan ad hoc.

“Kerajaan negeri akan membayarnya untuk kepentingan dan manfaat penjawat awam dalam semua kategori (sektor pekerjaan) agar dapat mengurangkan bebanan menyambut lebaran nanti.

“Bonus ini melibatkan jumlah perbelanjaan yang besar  iaitu lebih RM6.3 juta, tetapi kita sanggup demi kepentingan rakyat (penjawat awam) dan kemungkinan bukan dibayar pada masa terdekat kerana atas faktor teknikal dan urusan pentadbiran,”katanya sebagai mewakili Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selepas mesyuarat mingguan exco, di Wisma Darul Iman, hari ini.



Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.

Mohd Nor berkata, pembayaran tidak dapat dibuat dalam tempoh terdekat, iaitu 7 Jun (esok) bersama-sama pembayaran gaji bulan ini berikutan tempoh masa yang singkat sebaik sahaja kerajaan negeri memutuskan bersetuju membayar bonus tersebut.

Katanya, pembayaran bonus akan diusahakan secepat mungkin dan akan diselesaikan kepada semua penjawat awam pada musim perayaan.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: