Saturday, 30 June 2018

Pelawa Orang Bukan Islam Sertai Perkahwinan Perdana

SHARE
Ahmad Samsuri menyampaikan Sijil Simpanan Premium kepada pasangan pengantin. Foto Harish Fadzillah Kasim

Kerajaan negeri  mempelawa pasangan bukan Islam dan Orang Asli di Terengganu menyertai Perkahwinan Perdana bertujuan mengeratkan hubungan persaudaraan antara pelbagai kaum.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata program yang diperkenalkan melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) itu tidak menetapkan syarat hanya dibuka kepada pasangan Melayu sebaliknya  turut dibuka kepada pelbagai kaum.

Katanya, pelbagai manfaat diperoleh sekiranya terpilih menyertai program itu, antaranya menerima Sijil Simpanan Premium RM 1,000, pakej bulan madu, skim pinjaman perniagaan RM20,000 dan berpeluang memiliki rumah dalam tempoh 5 tahun perkahwinan.

"Pada pgram kali ini, sejumlah RM975,000 diperuntukan bagi membiayai 183 pasangan di seluruh Terengganu.

" Program sama akan diteruskan pada November ini, jumlah pasangan masih dalam perbincangan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Walimatulurus Perdana 2018 di Stadium Tertutup, Kuala Nerus, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, A Rahman Yahya dan Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa.

Sementara itu, Mohd Shafarudfin berkata, maklum balas yang diterima sangat positif kerana program itu dapat mempercepatkan proses pernikahan bakal pengantin yang berpendapatan bawah RM3,000 dan mengurangkan beban kewangan keluarga untuk mengadakan kenduri.

Katanya syarat untuk program tahun ini juga sama seperti tahun lalu antaranya pasangan atau seorang daripada mereka adalah anak Terengganu dan perkahwinan itu adalah kali pertama.

"Pasangan juga tiada rekod jenayah dan tiada masalah kesihatan yang kritikal seperti HIV, AIDS atau penyakit kelamin yang boleh mendatangkan masalah kepada pasangan, " katanya.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: