Tuesday, 26 June 2018

Kerajaan Negeri Bantu Mangsa Digilis Lori

SHARE

Ariffin melihat keadaan Naufal di hospital.

Kerajaan negeri akan berusaha membantu kanak-kanak berusia lapan tahun, Mohammad Naufal Yazid Mohd Salleh yang cedera parah dan kudung kaki akibat digilis lori pasir di Kampung Banggol Cempedak, Marang, baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ariffin Deraman ketika mengunjungi mangsa turut terkesan dengan nasib yang menimpa kanak-kanak itu dan berharap keluarga mangsa tabah dengan ujian kepada keluarga mereka ketika umat Islam sedang meraikan Aidilfitri.

"Kita sedih dengan kejadian yang berlaku. Namun, ini adalah ujian buat keluarga ini dan diharap mereka kuat menghadapinya, katanya ketika melawat mangsa di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, semalam.

Dalam kejadian pada 20 Jun (6 Syawal) lalu, menyebabkan adik Naufal putus kaki kanan dan hancur tangan kirinya.

Mangsa dikatakan sedang mengayuh basikal dari Kampung Baharu Serada ke Banggol Cempedak secara tiba-tiba berpatah balik menyebabkan sebuah lori pasir yang bergerak di belakangnya tidak sempat mengelak.

Dalam pada itu, penduduk Kampung Baharu Serada turut bekerjasama bagi meringankan bebanan yang sedang ditanggung keluarga mangsa dengan melaksanakan kutipan derma kilat.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: