Wednesday, 6 June 2018

Jangan Jadikan Puasa Sebagai Alasan Malas Bekerja

SHARE


A. Rahman berbual mesra dengan kakitangan Wisma Darul Iman. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail 

Penjawat awam di negeri ini diingatkan supaya tidak  menjadikan alasan berpuasa sebagai malas bekerja, sebaliknya  perlu dilihat sebagai motivasi untuk lebih berusaha dan berjaya..

Setiusaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, berkata  mereka  perlu menjadikan  ibadah itu sebagai motivasi mengumpul amalan dan pahala untuk bekalan di akhirat kelak.

Katanya, mereka perlu berfikir sekiranya berterusan bersikap lembik’ (malas bekerja), adakah rezeki yang dibawa pulang untuk keluarga dan anak-anak, adakah ianya berkat.
 
“Oleh itu, marilah kita bersama-sama muhasabah diri, ubah sikap malas bekerja kepada kepada bersikap professional, bersemangat dan jujur dalam menjalankan tugas,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulan Warga Kerja Wisma Darul Iman (WDI)  di Dewan Besar WDI, Kuala Terengganu, hari ini.

A Rahman turut berpesan agar tidak terbawa-bawa semangat kepartian masing-masing ketika berurusan perihal kerja.

“Jangan terbawa-bawa semangat kepartian sehinggakan ada yang bermasam muka, berprasangka tidak elok sesama sendiri, meregangkan hubungan persahabatan atau perpaduan.
 
“Mereka perlu setia dan patuh apa yang dilaksanakan kerajaan baharu, supaya mudah melaksanakan dasar yang bakal dirancang nanti,”katanya

SHARE

Author: verified_user

0 komen: