Saturday, 16 June 2018

Belanja RM1.8 Juta Untuk Bayaran Bonus Guru Khidmat Masyarakat Dan Pintar al-Quran

SHARE

Ahmad Samsuri mengagihkan bayaran bonus kepada guru pintar al-Quran. Foto Harish Fadzillah Abu Kasim
Kerajaan negeri membelanjakan RM1.8 juta sebagai  bayaran bonus kepada guru khidmat masyarakat dan guru pintar al-Quran yang berjumlah RM500 setiap seorang.

Ia membabitkan seramai 1,705 guru bagi program Pintar Al-Quran manakala seramai 1,944 orang lagi membabitkan tenaga pengajar bagi kelas masyarakat.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berpesan kepada kepada guru-guru, jangan abaikan pendidikan al-Quran kepada anak-anak kita. 

Katanya, tugas mendidik anak-anak adalah tanggungjawab bersama yang mesti dilaksanakan dengan tidak melepaskan bebanan ini kepada orang tertentu sahaja. 

“Guru mestilah menanganinya dengan penuh tanggungjawab ke arah pembentukan peribadi mulia dengan merangsang minda kanak-kanak melalui aktiviti yang telah dimulakan oleh para ibu bapa.

“Asas yang telah disemai oleh ibu bapa perlu dipupuk dan disubur lagi oleh guru-guru agar kanak-kanak ini terus mekar membudaya tradisi membaca dalam kehidupannya,”katanya pada satu majlis baru-baru ini.

Katanya, bahkan  sendiri sebagai seorang insan perlu dekat dengan al-Quran, perlu berwawasan dan mempunyai hala tuju ke arah membimbing masa depan anak-anak.
“Biarpun sudah khatam al-Quran, jangan berhenti di sini sahaja. Teruskan membaca al-Quran, memahami makna dan terus menghayatinya dalam kehidupan kita.

“Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru Al-Quran yang telah lama mencurahkan bakti dalam bidang pengajaran Al-Quran,”katanya
SHARE

Author: verified_user

0 komen: