Wednesday, 20 June 2018

5,000 Pengunjung Meriahkan Sambutan Rumah Terbuka ADUN Sura

SHARE

Ahli Parlimen Dungun bersalaman dengan pengunjung yang hadir.

Seramai 5,000 penduduk di sekitar Dungun menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura dan Jamuan Kesyukuran di Dewan Arena Square, Dungun .hari ini.
Majlis diadakan sempena sambutan Syawal dan meraikan kemenangan parti PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), baru - baru ini.

 Turut hadir, Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli, Exco Kerajaan Negeri, Saiful Bahri Mamat, ADUN Alur Limbat, Arifin Deraman, ADUN Rantau Abang,  Alias Harun dan Pegawai Daerah Dungun, Dato' Ibrahim Mohammad.

Pada majlis tersebut pelbagai juadah  seperti lemang, rendang, kuih tradisional dan disediakan untuk dinikmati pengunjung.

             
ADUN Sura, Wan Hapandi Wan Nik dalam ucapannya berkata, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengundi kerana memberi kepercayaan kepada parti PAS untuk menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu.

"Kepercayaan yang diberi merupakan satu amanah yang besar kepada kami semua dan  InshaAllah, amanah yang telah diberikan akan dilaksanakan sebaik mungkin.

"Tumpuan kita (PAS) adalah untuk membangunkan Negeri Terengganu selari dengan keperluan rakyat yang mahukan pembangunan dan kebajikan mereka dibela sepenuhnya," katanya.


       
Menurut beliau, kehadiran masyarakat pelbagai kaum menunjukkan perpaduan yang masih utuh dan ianya perlu dikekalkan demi kesejahteraan semua.

"Tanpa perpaduan adalah mustahil untuk menikmati pembangunan dan keharmonian kerana ianya merupakan elemen penting dalam kemajuan sesebuah negara," katanya.

SHARE

Author: verified_user

TUHAN TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB HAMBANYA KECUALI HAMBANYA BERUSAHA UNTUK MENGUBAH DIRINYA SENDIRI

0 komen: