Monday, 11 June 2018

50 Anak Yatim, Miskin Terima Sumbangan Raya

SHARE

Perasaan gembira dan teruja jelas terpancar pada wajah seramai 50 kanak-kanak dari keluarga kurang berkemampuan dalam DUN Rhu Rendang apabila diberi peluang membeli-belah persiapan Aidilfitri di Pasaraya Ku, Marang hari ini.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, program kebajikan itu bertujuan meringankan beban golongan berkenaan selain membawa keceriaan ketika menyambut hari raya.

“Program Sinar Aidilfitri DUN Rhu Rendang 2018 adalah merupakan satu inisiatif yang sangat terpuji yang wajar dilakukan bukan sekadar setiap tahun tetapi juga dilakukan oleh NGO-NGO dan orang perseorangan yang diberikan rezeki yang lebih oleh Allah S.W.T.

“Kita perlu berkongsi dengan masyarakat terutamanya anak-anak yang tidak berkemampuan, anak-anak miskin, anak yatim dan sebagainya,” ujarnya.


Beliau yang juga Adun Rhu Rendang berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Bantuan Raya Kepada Anak-Anak Yatim Dan Miskin di Pasaraya Ku, Marang, hari ini.

Program anjuran Dewan Pemuda Pas Rhu Rendang dan PPD Rhu Rendang itu turut mendapat kerjasama Pasaraya Ku Trading Sdn Bhd.

Katanya, beliau mengharapkan pada tahun hadapan lebih ramai anak-anak kurang bernasib baik menerima bantuan serupa.

“Hari ini, jelas ternampak keceriaan anak-anak ini bila mereka memilih baju dan mendapat sedikit sumbangan walapun tidak seberapa tetapi ini adalah komitmen kita dalam meringankan beban mereka khususnya menjelang Aidilfitri beberapa hari lagi,” ujarnya.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: