Saturday, 30 June 2018

200 Meriahkan Kabat Bukit Maras

SHARE
Para peserta merakamkan kenangan di puncak bukit.


Seramai 200 peserta terdiri dari remaja, dewasa dan kanak-kanak memeriahkan program Kabat Bukit Maras yang diadakan di Kampung Maras, Tepoh, semalam.

Kabat, sebuah istilah rakyat Terengganu yang merujuk kepada aktiviti mendaki ini dianjurkan oleh Persatuan Luncur Udara Terengganu, Amazing Terengganu dan Fit Terengganu sebagai usaha menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dengan memanfaatkan persekitaran tempat tinggal mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim yang turut bersama dalam program itu berkata kerajaan turut merancang untuk membangun puncak pada ketinggian 1100 meter itu sebagai pusat rekreasi baharu bagi penduduk sekitar.

Pemandangan sawah padi dari puncak menarik perhatian pendaki.

"Pejabat Daerah Kuala Nerus telah meneliti potensi lokasi ini dan bersetuju untuk membina kemudahan asas iaitu pondok rehat dan tandas awam di puncak bukit.

"Manakala, trek pendakian akan diperbaiki dengan aspek keselamatan tanpa tanpa pengubahsuaian bagi mengekalkan ekosistem dan alam sekitar," katanya.

Beliau memaklumkan perancangan itu dijangka akan disepakati dalam masa terdekat setelah segala aspek diselidiki terlebih dahulu.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: