Sunday, 24 June 2018

10,000 Tetamu Meriahkan Raya DUN Bukit Payong

SHARE
Mohd Nor menyambut ketibaan Menteri Besar bersama rombongan di Majlis Aidilfitri DUN Bukit Payong, di perkarangan Pasar Kedai Buloh, Bukit Payong. Foto oleh Abu Ubaidah Mohd Noor

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong kali ini lebih nostalgik dan bermakna selepas tempoh 14 tahun kita kehilangan kuasa pentadbiran kerajaan negeri, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah.

Menurut ADUN Bukit Payong itu lagi, majlis yang bermula dari jam 10 pagi dan berakhir empat jam kemudian itu dibanjiri kira-kira 10,000 penduduk setempat dari sekitar Marang dan Kuala Terengganu serta pegawai kanan kerajaan dan pemimpin kawasan.


"Alhamdulillah dengan kelancaran dan kemeriahan Majlis Aidilfitri DUN Bukit Payong kali ini. Majlis ini sangat bermakna bagi seluruh jentera, ahli, penyokong dan pengundi PAS kerana pertama kali selepas 14 tahun, PAS kembali menjadi kerajaan dan kita dapat meraikannya bersama,"katanya di Majlis Aidilfitri DUN Bukit Payong, di perkarangan Pasar Kedai Buloh, Bukit Payong, semalam.

Turut hadir memeriahkan majlis itu, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau tiba bersama isteri, Tuan Faezah Tuan Ab. Rahman pada jam 1.40 petang meluangkan masa kira-kira setengah sebelum bergegas ke majlis lain.


Dalam pada itu, Mohd Nor tidak lupa menzahirkan penghargaan beliau kepada semua pihak yang terlibat terutama ahli jawatankuasa sambutan majlis yang tidak mengenal penat bagi memastikan perjalanan sepanjang majlis lancar.

Beliau turut berbangga kerana para petugas berkhidmat tanpa mengharapkan upah dan ganjaran sebaliknya ikhlas berkerja untuk memberi kegembiraan dan keceriaan kepada rakyat sempena menyambut lebaran ini.

"Saya doakan Allah SWT mengurniakan sebaik-baik balasan kepada anda semua. Terima kasih sekali lagi,"kata beliau lagi.



SHARE

Author: verified_user

0 komen: