Sunday, 24 June 2018

1,000 Lemang Kijal Habis Dalam Tempoh Tiga Jam

SHARE
Menteri Besar menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang mengunjungi majlis hari raya daerah Kemaman. Foto oleh tengku Syamim Tengku Ismail 


Kira-kira 10, 000 pengunjung membanjiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri sempena Lawatan Rasmi Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ke Kemaman, hari ini.

Sambutan yang dianjurkan Pejabat Daerah Kemaman yang diadakan di tempat letak kereta Astaka, Kemaman itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat, ADUN Air Putih, Ab Razak Ibrahim, ADUN Kemasik, Saiful Azmi Suhaili dan Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur Wan Mohd Hasnan Abdullah, 

Lebih 10 agensi kerajaan dan syarikat korporat menyediakan pelbagai aneka juadah raya masing-masing kepada pengunjung seperti nasi minyak, kambing golek, sate, nasi himpit, ketupat dan lain- lain lagi.

Antara yang mendapat sambutan hangat adalah gerai Petronas apabila 1,000 batang Lemang Kijal habis dalam tempoh tiga jam sebaik majlis bermula.




Selain itu, kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah turut menerima duit raya yang disampaikan oleh Menteri Besar.

Di majlis itu, Ahmad Samsuri turut mengucapkan salam aidilfitri kepada semua warga Kemaman dan para pengunjung yang hadir memeriahkan sambutan berkenaan serta berharap majlis itu dapat merapatkan tali silaturahim sesama kita.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: