Friday, 4 May 2018

PRU14: Rakyat Perlu Bijak Pilih Pemimpin

SHARE

 
Mohd Najib menyerahkan replika lesen memandu kepada Che Nor Maizan. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim




Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak memberitahu masa depan sesebuah negara tidak boleh dicorak berdasarkan kepada fitnah, hasutan mahu pun serangan berita palsu.

Katanya, masa depan dibentuk dengan adanya pemimpin yang boleh menentukan kehidupan seseorang itu ke arah yang lebih baik dan  boleh membawa negara ke mercu kejayaan.

“Sebagai pengundi yang matang, mereka perlu tahu semua  perkara itu, di mana perlu bijak memilih pemimpin yang benar-benar boleh membentuk keharmonian negara.

“Semua itu perlu menjadi kayu pengukur pada kita semua untuk membuat perhitungan pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU14) pada 9 Mei nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC) Terengganu, di Paya Bunga Square, Jalan Masjid Abidin, Kuala Terengganu, hari ini.

Menurutnya, apa yang dilaksanakan pemimpin sedia ada, cukup membuktikan kewibawaan mereka mecorakkan negara.

“Sebagai contoh, dengan adanya Projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) nanti, pastinya mampu mengubah ekonomi dan kehidupan sosial penduduk dalam jangka panjang.


“Bukan itu saja, kerajaan sedia ada turut menjaga kebajikan rakyat dengan pemberian pelbagai bantuan kepada golongan pelajar, petani, pekebun nelayan dan sebagainya.

“Tidak lupa kepada penjawat awam, mereka baru saja menerima kenaikan tangga gaji khas manakala pelajar yang mengikuti Skim Latihan 1Malaysia turut menerima imbuhan kenaikan elaun daripada RM1,500 kepada RM2,000 sebulan,” katanya.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: