Wednesday, 9 May 2018

PRU14 : Proses Pengundian Di Dungun Terkawal

SHARE
Din membuang undi di SK Bukit besi. Foto oleh Ezzuan Ahmad
Seramai 90,000 pengundi berdaftar layak mengundi di 49 pusat pembuangan undi yang melibatkan 173 saluran di Parlimen Dungun sehingga jam 5 petang ini.

Tinjauan Teganukita mendapati, pusat pembuangan undi yang dibuka bermula jam 8.00 pagi mula dikunjungi pengundi bagi menunaikan tanggungjawab mereka untuk membuang undi dan sehingga tengahari ini, tiada sebarang provokasi dilakukan oleh penyokong part-parti yang bertanding.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Dungun, Dato' Din Adam keluar untuk membuang undi seawal pukul 8.00 pagi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Besi, calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka, Tengku Hamzah Tengku Deraman di Sekolah Menengah Kebangsaan Ketengah Jaya dan calon DUN Rantau Abang, Wan Zaulkifli Wan Gati pula mengundi di SK Gong Pasir.


Menurut Din, dia amat berpuas hati dengan perjalanan proses pembuangan undi setelah membuat lawatan ke beberapa pusat pembuangan undi di Parlimen Dungun dan turut memuji pasukan keselamatan kerana berjaya mewujudkan suasana tenteram di setiap pusat pembuangan undi.

"Ketiga parti bertanding telah menunjukkan suasana politik yang matang apabila keadaan terkawal dan tenang di semua pusat mengundi.

 "Setiap petugas telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh komitmen dan pengundi serta penyokong parti turut mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa," katanya.
SHARE

Author: verified_user

TUHAN TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB HAMBANYA KECUALI HAMBANYA BERUSAHA UNTUK MENGUBAH DIRINYA SENDIRI

0 komen: