Wednesday, 9 May 2018

PRU14: Proses Buang Undi Bukit Payung Harmoni

SHARE


Proses pengundian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung sehingga tengahari tadi, berjalan dengan lancar dan harmoni.

Sejak jam 8 pagi, pengundi berdaftar mula memenuhi pusat pengundian untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing.


Calon Barisan Nasional (BN), To' Puan Zaitun Mat Amin sempat beramah mesra dengan pengundi- pengundi di kawasan itu sebelum dan selesai membuang undi.

Beliau juga sempat bertemu dan bergambar dengan calon Pas, Mohd Noor Hamzah di pusat pengundian Tadika Yayasan Islam Terengganu Cawangan Bukit Payung, pagi tadi.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: