Monday, 7 May 2018

PRU14 : Laporan Polis Berhubung Surat Terbuka Kepada Calon Kuala Berang

SHARE


Ketua Penyelaras Pemuda UMNO Kuala Berang, Ahmad Badurol Hisyam Mukhatar, 29, hari ini membuat laporan polis berhubung surat terbuka kepada calon Barisan Nasional (BN), yang dimuat naik dan tular di laman Facebook (FB) sejak Jumaat lalu.

Turut sama berbuat demikian Tengku Haphiz Tengku Putera, 35 yang juga anak kepada calon BN Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang.

Menurut Tengku Haphiz , dua laporan dibuat berikutan surat itu seolah-olah ingin mencetuskan kebencian dalam kalangan pengguna FB terhadap calon BN berkenaan.

Antara kandungan surat itu memfitnah calon mencantas beberapa nama lain yang sepatutnya menjadi calon BN.

"Pemilik akaun juga menyentuh tentang beberapa projek di Dewan Undangan Negeri Kuala Berang ketika kempen Pilihan Raya Umum sedang rancak dijalankan.

"Surat itu mula tular di kalangan pengguna di FB yang memainkan sentimen negatif yang menimbulkan kebencian dan memfitnah sehingga saya terpaksa mengambil langkah ini bagi membersihkan nama calon yang juga ayah saya.

"Walaupun calon sudah banyak kali membuat penjelasan berkaitan soalan yang dikemukakan tetapi pemilik akaun tetap tidak berpuas hati dan terbaru membuat surat secara terbuka pula,"katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu, petang tadi.

Tengku Haphiz berkata, sekiranya pemilik akaun masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang calon berikan, dia boleh bersemuka dan mendapatkan maklumbalas yang lebih lanjut.

"Dengan memuat naik soalan serta surat terbuka di FB merupakan satu cara yang kurang tepat dalam mendapatkan jawapan sehinggakan mewujudkan rasa negatif di kalangan netizen terutama pengundi yang tidak tahu susur galur setiap perkara yang dinyatakan di laman sosial tersebut,"ujarnya.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: