Saturday, 5 May 2018

PRU14: Kak Ton Santuni Peniaga, Tinjau Keperluan Pasar Bukit Payong

SHARE
 Zaitun beramah mesra dengan peniaga ayam di Pasar Bukit Payong. Foto oleh Irsyadi Abu Bakar

Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung, To' Puan Zaitun Mat Amin mengunjungi peniaga di Pasar Bukit Payung, sambil meninjau permasalahan mereka yang boleh diatasi segera, pagi ini.

Beliau yang hadir dengan jentera Jalinan Rakyat (Wanita) beramah mesra kita-kira sejam dengan peniaga-peniaga dan pengunjung di pasar tersebut.

Zaitun yang tidak lekang dengan senyuman serta sikapnya yang ramah sejak dulu, memaklumkan kunjungannya bukan sekadar kempen sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tetapi juga sebagai satu pendekatan untuk melihat keperluan masyarakat.

"Saya sudah biasa di sini sebelum ini dan mereka semua mengenali saya. Hari ini, ada beberapa aduan berkenaan kos sewa tapak dan pembaikan pasar yang tidak diselesaikan sekian lama, insyaAllah saya akan menilai semula aduan tersebut dan menyelesaikannya," katanya.

Zaitun turut menyeru masyarakat di Bukit Payung supaya memberikan sokongan kepada beliau melalui undi kepada Barisan Nasional (BN) 9 Mei nanti.

"Berilah kepercayaan kepada saya untuk membawa dan menyelesaikan permasalahan masyarakat di sini yang tertangguh penggal lalu. Kemenangan BN di sini bermakna suara rakyat Bukit Payung di Dewan Rakyat," ujarnya penuh harapan.

Turut hadir bersama dalam kunjungan tersebut ialah Pengarah Unit Komunikasi Negeri, Dato' Muda Mamat.

Sebahagian pengunjung tidak melepaskan peluang merakam kenangan bersama Zaitun.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: