Monday, 7 May 2018

PRU14: Inisiatif Terengganu Buka Pusat Media PRU14 Dipuji

SHARE


Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia memuji inisiatif Terengganu mewujudkan Pusat Media Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Hotel Permai, Kuala Terengganu bagi melancarkan tugasan pengamal media cetak dan eletronik melaksanakan tugas masing-masing sepanjang membuat liputan PRU14 seluruh negeri.

Dato' Ibrahim Abdul Rahman melahirkan rasa kagum dengan komitmen kerajaan negeri menerusi Unit Komunikasi negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan penerangan Negeri Terengganu yang menyediakan kemudahan serba lengkap itu untuk dimanfaatkan kumpulan media.

"Pusat media ini amat perlu untuk menangani persepsi negatif daripada rakyat terhadap kerajaan dan parti yang bertanding diviralkan menerusi media sosial.


"Saya percaya dengan kemudahan yang ada di sini memudahkan kita untuk mengetengahkan berita-berita dan menangani penyebaran berita palsu.Semoga pihak media dapat memastikan hanya maklumat yang benar diketengahkan terutama di hari-hari terakhir kempen kali ini," katanya kepada pemberita ketika melawat pusat media itu, semalam.



Beliau turut mengingatkan pengundi untuk menunaikan kewajipan masing-masing dalam PRU kali ini selain menyeru supaya mengelakkan perselisihan akibat perbezaan ideologi politik yang hanya akan merugikan diri sendiri dan meruntuhkan perpaduan sesama kaum.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: