Wednesday, 9 May 2018

PRU14 : Idris Selesai Mengundi Di SK Seberang Jertih

SHARE
Idris bersalaman dengan seorang pengundi
Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi selepas selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Jertih, Besut, hari ini.

Idris yang juga calon Parlimen Besut ditemani isterinya tiba ditempat pengundi jam 9.30 pagi dengan berpakaian baju berwarna biru.

Beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Besut akan ditentang tiga calon dari pembangkang, Datuk Dr Ir Wan Nazari Wan Jusoh dari PKR dan Riduan Mohamad Nor dari PAS.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU13)  Idris menewaskan calon Pas Riduan Mohamad Nor dengan majoriti 8,342 undi.
Idris dan isterinya Che Kamariah selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Seberang Jertih
Bekas Menteri Besar  itu dijangka mampu mengekalkan kerusi Parlimen Besut pada PRU14 walaupun terpaksa berhadapan dengan pertandingan tiga penjuru.

Ketika ditemui Idris berkata, beliau yakin BN Besut mampu mengekalkan kesemua empat DUN iaitu Kuala Besut, Kota Putera, Jertih dan Hulu Besut.

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan sambutan menggalakan terhadap setiap program yang dijalankan BN dengan mendekati pengundi selain tiada isu yang mampu diketengahkan pihak pembangkang.

“Empat calon BN yang dikemukan di kawasan DUN masing-masing juga membuktikan mereka mencapai tahap cemerlang ketika menjadi ADUN sebelum ini,” katanya.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: