Wednesday, 9 May 2018

PRU14 : 464,000 Keluar Mengundi Sehingga Jam 2 Petang Ini

SHARE
Sekumpulan pengundi menunjukkan jari yang dicalit sebagai tanda sudah membuang undi pagi ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail
Sehingga jam 2 petang ini,  jumlah peratusan pengundi seluruh Terengganu yang keluar mengundi di 401 pusat mengundi mencapai 63 peratus atau 464,078 orang.

Seramai 736,632 pemilih berdaftar di negeri ini layak menunaikan tanggungjawab masing-masing sehingga jam 5 petang ini bagi menentukan kepimpinan negara dan negeri untuk tempoh lima tahun akan datang.

Calon BN Bukit Payung, To' Puan Zaitun beramah mesra dengan perayu undi ketika keluar membuang undi pagi ini.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Terengganu, Nik Andy Suwardy Amry berkata, setakat 2 petang ini, 63 peratus pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mereka di 401 pusat mengundi seluruh Terengganu.

Katanya, daripada jumlah itu, hanya tujuh pusat mengundi ditutup awal iaitu pada jam 3 petang ini. Tujuh sekolah berkenaan Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Perhentian, SK Pulau Redang, SK Kuala Jenderis, SK Tepus, SK Kampung Shukor, SK Jongok Batu dan SK Sg Pergam.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: