Wednesday, 9 May 2018

PRU14 : Pasangan Suami Isteri Angin Ahmar Turut Mengundi

SHARE

Meskipun menghidap penyakit angin ahmar tidak menghalang sepasang suami isteri untuk menunaikan kewajipan mereka sebagai rakyat Malaysia untuk keluar mengundi.

Pasangan suami isteri berkenaan, Isa Ibrahim, 63, dan isterinya Fatimah Kadir, 64, kali pertama membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Kalong dengan menggunakan kerusi roda akibat diserang angin ahmar.

Isa berkata, dia diserang penyakit tersebut pada 2016 menyebabkan dia lumpuh separuh tubuh manakala isterinya diserang penyakit yang sama pada 2015.

Menurut isa, keadaan tersebut telah menyebabkannya menghadapi kesukaran untuk bergerak kerana menghadapi kesukaran untuk berjalan manakala isterinya juga menghadapi masalah yang sama akibat dari penyakit tersebut.

 "Sejak diserang penyakit ini kehidupan saya dan isteri sudah berubah sama sekali kerana dahulu saya yang menjaga isteri yang lumpuh separuh badan namun sekarang saya juga yang diserang penyakit sama,tambahan pula kami duduk berdua sahaja di rumah," katanya.

Katanya, demi tanggungjawab kepada negara, dia dan isteri menggagahkan diri untuk keluar mengundi meskipun sedar menghadapi masalah untuk bergerak.

Bagi Fatimah, meskipun mempunyai masalah untuk bergerak, demi semangat cintakan negara dia menggagahkan diri untuk menjalankan kewajipannya sebagai seorang rakyat Malaysia untuk memilih kerajaan yang membela nasib rakyat.

"Kak sendiri memang menghadapi masalah untuk berjalan dan memegang benda namun semangat akak untuk tengok negara ini maju di bawah kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat, kak gagahkan diri.

 "Kak mengucapkan banyak terima kasih kepada semua petugas kerana telah menghulurkan banyak bantuan bermula dari rumah sehingga tempat mengundi dan kak tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengundi," katanya.

Pasangan tersebut dibawa ke pusat pembuangan undi oleh petugas suruhanjaya Pilihan Raya dan dihantar pulang ke rumahnya oleh petugas yang sama.
SHARE

Author: verified_user

TUHAN TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB HAMBANYA KECUALI HAMBANYA BERUSAHA UNTUK MENGUBAH DIRINYA SENDIRI

0 komen: