Monday, 7 May 2018

Penantian 20 Tahun Geran Tanah Berakhir

SHARE
Bazlan ketika berucap pada Majlis Penyerahan Borang 5 A. Foto Harish Fadzillah Abu Kasim
Penantian hampir 20 tahun 194 penduduk Kampung Baru Pulau Redang, Setiu bagi mendapatkan geran tanah sebagai hak milik kini menjadi kenyataan.

Calon Barisan Nasional (BN) Ahli Parlimen Setiu,  Dato' Mohd Jidin Shafee dan penyandang kerusi DUN Batu Rakit turut ke kampung itu untuk menyerahkan Borang 5A kepada penerima yang layak.

Bazlan berkata, usaha Kerajaan Barisan Nasional (BN)  selama 14 tahun, bermula 2004 untuk mandapatkan geran tertunai pada hari ini.

"Apa yang dilakukan sebelum ini  terbantut buat seketika iaitu sewaktu pemerintahan Pas pada 1999 hingga 2004.

"Pada ketika itu, hanya 27 penduduk yang menyokong Pas terpilih untuk memiliki geran dan selebihnya seakan teraniaya, " katanya.

Beliau berkata demikian pada Majis Penyerahan Borang 5A di Dewan Komuniti di Kampung (Kg) Baru Pulau Redang, Setiu, hari ini.

Hadir sama, Calon Ahli Parlimen Barisan Nasional Setiu, Dato'Mohd Jidin Sha

Penerima geran yang sebelum ini pernah tinggal di rumah rakit' (perkampungan air)
diminta berpindah ke awasan Kg Baru Pulau Redang pada 1999 sangat menghargai apa yang dilaksanakan Kerajaan BN.

Penerima Aliza Yusof, 46, berkata tiada perkataan yang mampu diluahkan melainkan syukur ke hadrat Ilahi dan jutaan terima kasih kepada kerajaan  BN dan Bazlan atas sikap cakna beliau.

"Hampir 20 tahun menanti, hari ini baru jadi kenyataan, walaupun hanya Borang 5A, sudah puas hati bagi saya kerana kesudahan akan peroleh geran sebagai hak milik,"katanya
SHARE

Author: verified_user

0 komen: