Tuesday, 15 May 2018

Kerajaan Negeri Bermatlamat Tambah Baik Pentadbiran

SHARE
Dr Ahmad Samsuri menyertai pegawai dan kakitangan menunaikan solat hajat berjemaah di Dewan Besar, Wisma Darul Iman diikuti dengan ucapan ringkas sebaik selesai solat hajat di Wisma Darul Iman.Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail

Menteri Besar, Prof Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengulangi kenyataan beliau semalam, untuk tidak akan menganiayai mana-mana pihak, melainkan melakukan penambahbaikan untuk mengukuhkan pentadbiran Kerajaan Terengganu yang baharu. 
"Objektif yang terbesar (kerajaan negeri) adalah memastikan gangguan (rombakan) terhadap pentadbiran kerajaan negeri berada pada tahap minima. Sekiranya masing-masing yang telah dilantik oleh kerajaan negeri (terdahulu) dapat menjalankan tugas dengan baik dan sempurna, maka tidak menjadi halangan kerajaan negeri meneruskan lantikan mereka. 
"Ini adalah proses pentadbiran yang biasa dalam mana-mana syarikat multinasional pun akan berlaku penambahbaikan dan penilaian dari dari semasa ke semasa.sama ada secara bulanan atau tahunan sebab kita akan tengok kerana matlamat kita mahu melihat kelancaran jentera pentadbiran dan apa yang kita bawa kepada rakyat boleh sampai kepada sasaran,"katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang, berkata demikian kepada media sejurus memulakan tugas secara rasmi pagi semalam, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Menteri Besar yang mengenakan sut kelabu kelihatan tenang memasuki ruang pejabat di Tingkat 16 dengan diiringi 10 barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Turut mengiringi beliau, pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya.iteliti apabila beliau bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) memulakan tugas pada Isnin ini.




Turut serta,  Presiden Pas, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Husain Awang dan barisan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Terengganu.

Dr Samsuri kemudiannya menyertai pegawai dan kakitangan menunaikan solat hajat berjemaah di Dewan Besar, Wisma Darul Iman diikuti dengan ucapan ringkas  sebaik selesai solat dan kemudiannya menyertai sidang media sebelum ke jamuan pagi di tingkat U2.
Selain itu, Ahmad Samsuri berkata, pihaknya juga akan berbincang dan melihat sebarang keperluan khusus serta apa langkah seterusnya kerajaan negeri termasuk menambah baik portfolio EXCO yang baharu, selain perancangan melaksanakan manifesto dijanjikan kepada rakyat dalam mesyuarat EXCO pertama Rabu ini.
"Insya-Allah hari Rabu selepas menghadap perkenaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku (Sultan Mizan Zainal Abidin) (Istana Syarqiyyah), kita akan memulakan mesyuarat EXCO yang pertama. Jadi media kena sabar dan tunggu (perancangan dan keputusan),"katanya.
Selain itu, beliau juga menyatakan isu royalti antara perkara utama yang menjadi komitmen kerajaan untuk menuntut hak rakyat dikembalikan semula melalui cara dan pendekatan yang terbaik.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: