Sunday, 6 May 2018

Kerajaan Cakna Nasib Nelayan Kemasek

SHARE

Oleh : Ezzuan Ahmad

Seramai 300 nelayan di Pantai Kuala Kemasek, Kemaman kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan meluluskan peruntukan RM7.2 juta bagi membina benteng pemecah ombak untuk menyelesaikan masalah yang  membelenggu golongan itu sejak 10 tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Teknologi Hijau Negeri, Ir Rosli Othman berkata, usaha membina benteng bagi menyelesaikan masalah hakisan pantai sepanjang 400 meter akan bermula Jun ini.

"Masalah nelayan di sini ialah terpaksa berhadapan dengan ombak yang besar setiap kali tiba musim tengkujuh.

"Keadaan tersebut menyebabkan banyak berlaku kerosakan bot dan peralatan menangkap ikan," katanya.

Beliau yang juga ditemui pemberita selepas Majlis Kesyukuran Pembinaan Projek tersebut, di Pantai Kemasek, petang semalam.


Menurut Rosli, kerja pembinaan tersebut akan memakan masa selama setahun termasuk pembinaan struktur lampu penunjuk arah untuk rujuan navigasi dan jeti untuk nelayan mendaratkan hasil tangkapan mereka.








"Pada masa sekarang, projek ini dalam peringkat akhir untuk mendapatkan kelulusan dari pegawai negeri sebelum diserahkan kepada kontraktor yang dilantik," katanya.

Sementara itu, nelayan yang ditemui mengucapkan rasa syukur mereka kerana mereka kini tidak perlu berhadapan dengan masalah ombak besar untuk melabuhkan bot mereka di tepi pantai.

Abdul Ghani



























Abdul Ghani Ismail, 68, berkata, pembinaan benteng tersebut adalah sesuatu yang ditunggu oleh nelayan kerana saban tahun mengalami masalah yang sama sepanjang tahun.

"Alhamdulillah, sekarang tidak perlu takut lagi hendak nak keluar laut. Dulu kalau air surut memang tak boleh keluar dan bila ombak besar memang kami tak boleh buat apa-apa," katanya.

Jusoh

Manakala Jusoh Mamat ,71, berkata jika dahulu ada bot rakannya rosak berlaggar antara satu sama lain setiap kali ombak besar melanda kawasan tersebut.

"Jadi bila dah ada benteng ni, kami boleh letakkan bot kami tanpa ada masalah dan terima kasih kepada kerajaan yang perihatin dengan nasib kami," katanya.





SHARE

Author: verified_user

0 komen: