Saturday, 19 May 2018

Kakitangan Kesenian Dipindahkan Ke Jabatan Lain

SHARE
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman. Foto UKOM
Kerajaan PAS Terengganu bercadang memindahkan kakitangan awamnya yang terbabit dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan tidak bercirikan Islam ke jabatan lain.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman, berkata pihaknya akan membuat semakan kelulusan pendidikan kakitangan terbabit untuk membolehkan mereka diserapkan ke jabatan atau bahagian bersesuaian.

"Kerajaan negeri akan mengubah aktiviti kesenian kepada yang bercirikan Islam dan mana-mana kakitangan yang sebelum ini bertugas dalam aktiviti seni yang tidak dibenarkan contohnya penari wanita akan diserap ke tempat lain.

"Kita akan semak dulu kelulusan pendidikan mereka supaya dapat dipindahkan ke bahagian yang bersesuaian dengan kelulusan," katanya kepada NSTP ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau turut menafikan khabar angin kononnya pekerja 'ad-hoc' kesenian akan ditamatkan kontrak.

"Sebenarnya, kita belum memutuskan lagi status mereka ini dan akan meneliti dulu segala yang berkaitan sebelum mengambil keputusan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ariffin berkata, kerajaan PAS akan membuat kajian dan penilaian terhadap beberapa produk pelancongan yang belum mendatangkan keuntungan.

"Contohnya Tasik Kenyir yang membabitkan belanja pembangunan besar, kita akan kaji bagaimana boleh tingkatkan kedatangan pelancong ke situ.

"Begitu juga kawasan pantai, mungkin ada beberapa tempat yang dibenarkan pengunjung mandi," katanya.

Sumber : Berita Harian
SHARE

Author: verified_user

0 komen: