Sunday, 6 May 2018

Himpunan Tok Dekor Jadi Aktiviti Tahunan

SHARE
Ahmad Razif bergambar kenangan bersama ahli Tok Dekor. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail


Program Himpunan Tok Dekor Terengganu akan dijadikan sebagai aktiviti tahunan sekiranya Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus diberikan mandat untuk mentadbir negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pelbagai peringkat umur, segenap negeri dan juga penglibatan peserta dari pelbagai negara akan dihimpunkan pada program akan datang.


"Langkah itu dilihat akan mampu memberi peluang semua penggiat seni mempertahankan diri ini dapat mempelajari dan bertukar idea mengenai pelbagai teknik dan gaya persilatan.

"Oleh itu, sewajarnya setiap ahli mempertahankan kerajaan sedia ada bukan saja untuk kepentingan seni silat malah pelbagai aspek terutama berkaitan kebajikan ahli "katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Himpunan Pendekar Terengganu, di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, petang semalam.


Program itu mempertandingan silat solo tari, tempur, masai, silat pulut dan silat bersenjata dengan penglibatan hampir 3,000 peserta.

Program masa, kerajaan negeri turut mengagihkan  sumbangan RM200,000 kepada Tabung Kebajikan Persatuan Silat Negeri Terengganu.

Ahmad Razif turut memberitahu pelbagai perancangan akan dilaksanakan untuk pembangunan silat di Terengganu agar seninya tidak ditelan zaman kemodenan.

"Untuk kelangsungannya, saya berharap orang ramai terutama ahli seni silat mengekalkan kerajaan sedia ada,"katanya.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: