Friday, 18 May 2018

Enam Pegawai Kerajaan Negeri Bertukar

SHARE
Wisma Darul Iman, pusat pentadbiran negeri.

Enam pegawai tadbir negeri Terengganu ditukarkan ke jawatan baharu berkuatkuasa 16 Mei lalu.

Pertukaran yang dinyatakan dalam surat yang ditandatangani Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya bertarikh 16 Mei itu melibatkan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Husin yang mengisi kekosongan jawatan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian dan Setiausaha Sulit Kanan YAB Menteri Besar, Md Kamaru Al-Amin Ismail ditukarkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif TESDEC dan jawatan itu kini digantikan Ketua Penolong Pentadbir Tanah Setiu, Azran Amin Mazlan.

Manakala Setiusaha Khas Kepada YAB MB, Ahmad nizam Abd Karim  ditukarkan untuk mengisi kekosongan Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat) Hulu Terengganu; Pegawai Khas Kepada YAB MB, Fatima Az Zuhra Aziz pula ditukarkan ke jawatan Penolong Setiausaha Pembangunan Sumber Manusia) Majlis Agama dan Adat Melayu Terengganu dan Setiausaha Akhbar Kepada YAB MB, Wan Nabila Aisha Wan Bakhri pula mengisi kekosongan jawatan Pegawai Korporat Dan Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Dungun.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: