Wednesday, 23 May 2018

Bantuan Perayaan Aidilfitri 2018 Dibuka Mulai Esok

SHARE
Satiful Bahari mengadakan sidang media berkaitan Bantuan Perayaan Aidilfitri 2018

Permohonan Bantuan Perayaan Aidilfitri 2018 secara dalam talian akan dibuka kepada mereka yang berkelayakan mulai esok (24 Mei) sehingga 31 Mei depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Satiful Bahari Mamat, berkata mana-mana individu yang telah  membuat permohonan melalui kerajaan sebelum ini  boleh digunapakai dan tidak perlu membuat permohonan baharu.

Katanya, permohonan dalam tempoh seminggu itu, hanya dibuka kepada mereka yang mahu mengemaskini maklumat dan membuat permohonan baru. Boleh melayari laman sesawang sama iaitu  http://danattb.terengganu.gov.my.

“Syarat kelayakan  juga masih sama iaitu pemohon yang berpendapatan ketua isi rumah  tidak melebihi RM2,500 sebulan serta mestilah rakyat Terengganu dan perlu mendaftar sebagai pengundi.

“Mereka yang berstatus bujang berusia melebihi 40 tahun dan berpendapatan bawah RM1,500 juga layak memohon,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Mesyuarat Mingguan Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Satiful berkata, bagi permohonan baharu, perbezaannya mereka tidak perlu perlu mendapatkan  perakuan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K).

“Pengagihan duit dana  Bantuan Perayaan Aidilfitri 2018 dijangka dibuat seminggu sebelum menjelang Aidifitri ,”katanya.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: