Friday, 11 May 2018

Ahmad Samsuri Menteri Besar Baharu Terengganu

SHARE

Sultan Terengganu berkenan menerima Ahmad Samsuri sebagai Menteri Besar. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu yang baharu selepas PAS memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), semalam.


Perlantikan Setiausaha Politik Presiden PAS itu diperkenan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada istiadat angkat sumpah jawatan dan menandatangani watikah di Istana Syarqiyyah, Chendering, malam tadi

Bekas Ketua Jabatan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia (UPM) berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Leeds, United Kingdom itu disenaraikan sebagai calon Menteri Besar bersama dua lagi nama lain.


Pemilihan Dr Ahmad Samsuri yang juga pakar aeroangkasa itu dikatakan usaha PAS menampilkan generasi kepimpinan baharu di Terengganu dengan menggembleng tenaga teknokrat dan ulama.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: