Thursday, 19 April 2018

Tuduhan Pembangkang Tidak Berasas- Ahmad Razif

SHARE
Ahmad Razif melayan pelanggan pada Program  Jualan Sentuhan Rakyat. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail 



Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyifatkan kenyataan seorang pemimpin pembangkang mengatakan masih ramai rakyat di Terengganu berada dalam kelompok miskin adalah tidak berasas.

Katanya, pembangkang terlalu  mudah membuat tohmahan dengan membandingkan penerima Dana Aidilfitri sepanjang tempoh tiga tahun iaitu, 2015 sehingga tahun lalu.

“Jika berpandukan  kepada angka sememangnya dilihat semakin meningkat kerana syarat  pendapatan yang dipersetujui kerajaan berjumlah RM2,500 pada 2015 berbanding RM3,000 pada 2016 dan 2017.

“Apabila syarat kelayakan penerima dana dilonggarkan semakin ramailah yang boleh memohon, faktor itu sebenarnya dilihat meningkat,”katanya.

Beliau berkata selepas Majlis Program Walkabout Jualan Sentuhan Rakyat dan Perasmian Pusat Tuisyen Khas Rakyat di Dewan Serbaguna Tok Jembal, Kuala Nerus, hari ini.
Hadir sama, isteri besar To’ Puan Seri Halina Zakaria.

Razif turut memberitahu, kerajaan turut memperkenalkan bantuan dengan mengambil kira pelbagai aspek. Kerajaan menghulurkan bantuan kepada pasukan keselamatan tanpa mengira pangkat. Takkan ketua polis Terengganu pun tergolong dalam kelompok orang miskin.

"Bantuan-bantuan yang kita berikan itu bukan tertakluk kepada golongan miskin semata-mata tetapi atas faktor-faktor lain seperti menghargai sumbang dan sebagainya,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan yang dibuat seorang pemimpin pembangkang yang menyatakan masih ramai rakyat di negeri ini miskin dengan mengambil kira peningkatan jumlah peruntukan Bantuan Dana Aidilfitri.

“Tuduhan tidak betul dan tanpa asas itu jelas menunjukkan bahawa pihak pembangkang ketandusan isu.

"Rakyat diminta menilai setiap berita terutamanya yang tular dimedia sosial agar tidak terpengaruh dengan  berita palsu,"katanya.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: