Thursday, 12 April 2018

TPM Hadir Perjumpaan Tertutup Di Hulu Terengganu

SHARE


Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri perjumpaan tertutup pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Hulu Terengganu, di Bangunan UMNO Hulu Terengganu, di Kuala Berang, hari ini.

Naib Presiden UMNO itu tiba bersama-sama isteri, Datin Seri Hamidah Khamis pada jam 2.30 petang dengan diiringi Pengerusi Badan Perhubungan BN Negeri, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang juga Menteri Besar.

Turut hadir, Setiausaha UMNO Perhubungan Negeri Terengganu, Dato' Muhammad Pehemi Yusof, Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Seri Jailani Johari dan Naib Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Rozi Mamat



Pada majlis berkenaan Zahid menyampaikan amanat kepada kira-kira 150 anggota jawatankuasa tertinggi parti termasuk tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Beliau juga menasihati ahli parti agar sentiasa memberikan sokongan penuh kepada calon yang dipilih dan jangan sehingga ada pergolakan dalaman dan sabotaj sesama ahli.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: