Saturday, 7 April 2018

Tindakan Ironik Pakatan Harapan Guna Logo PKR

SHARE

Keputusan Pakatan Harapan (PH) menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dianggap sebagai satu tindakan yang cukup ‘ironik’ dan mengejutkan semua pihak.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek berkata, pun begitu terpulanglah kepada PH untuk menggunakan apa-apa logo atau lambang.


“Asal usulnya Parti Keadilan Rakyat menggunakan logo atau lambang berbentuk mata yang diilhamkan daripada mata Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lebam bagi meraih simpati rakyat.

“Pada ketika itu rakyat amat marah dan tidk berpuas hati dengan tindakan Tun Mahathir sehingga menyebabkan mata Datuk Seri Anwar lebam,"katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Usahawanita bersempena Road to MAHA 2018 di Pantai Kuala Kerteh, Kemaman hari ini.

Turut hadir Menteri Wanita, Keluarga dan Kemasyarakat, Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Sri Dr Ismail Bakar, Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Dato’ Seri Ahmad Said dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kemaman, Dato’ Rohani Abdullah.

Menurut Shabery, pada pilihan raya umum 1999 ada negeri yang mengalami kekalahan termasuk Terengganu.

“Bagaimanapun teori politik pembangkang hari ini telah bertukar dan lari daripada landasannya sehingga menyebabkan penyokong PKR sanggup memeluk Tun Mahathir.

“Pada masa ini ramai penyokong pembangkang lari daripada prinsip perjuangan asal mereka sehingga sanggup menyokong orang yang mengkhianati mereka dahulu,"katanya lagi.


Semalam Pengerusi PH, Tun Mahathir Mohamad mengumumkan kesemua calon daripada empat parti komponennya akan menggunakan simbol PKR pada PRU14 ini.

Pengumuman itu dibuat Tun Mahathir pada siri kemuncak Jelajah Pakatan Harapan yang berlangsung, di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: