Thursday, 12 April 2018

PRU14 : Turun Caj Tol LPT2, 40,000 Peluang Kerja Dalam Manifesto Tambahan BN Terengganu

SHARE

Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu akan  menurunkan bayaran tol di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) sehingga 50 peratus secara berperingkat-peringkat, mewujudkan 40,000 peluang pekerjaan, peluang pekerjaan dan perniagaan mengutamakan rakyat Terengganu dalam Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) serta meningkatkan penglibatan golongan wanita yang berkelayakan dalam pentadbiran kerajaan mahupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC) antara yang terkandung dalam Manifesto Tambahan  BN Terengganu yang diumumkan hari ini.

Empat daripada 20 'touch point' berkenaan akan dilaksanakan sekiranya BN terus diberi mandat mentadbir negeri sejurus memenangi  'peperangan' Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU) tidak lama lagi.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, selain manifesto BN di peringkat Pusat yang dilancarkan Perdana Menteri minggu lalu, BN Terengganu turut menyenaraikan 20 titik sentuhan berkenaan untuk dilaksanakan Kerajaan BN sebaik mendapat mandat mentadbir negeri.


"Mana-mana kerusi yang kita tidak menang kita rampas kembali, manakala yang kita sudah menang kita kekalkan kerusi BN.

"Sebaik sahaja rakyat mengekalkan mandat kepada BN dan memberi kemenangan lebih besar kepada Terengganu, kita akan tunaikan manifesto tambahan (BN) yang mempunyai lima komponen yang utama selain komponen lain yang menjadi sebab kekal memilih BN,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena lawatan kerja rasmi Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO ke Hulu Terengganu bagi melancarkan Jentera Pilihan Raya Parlimen Hulu Terengganu  dan pelancaran Manifesto Tambahan BN Terengganu di Dataran Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Turut hadir,  isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Hamidah Khamis.


Hadir sama, Setiausaha UMNO Perhubungan Negeri Terengganu, Dato' Muhammad Pehemi Yusof, Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Seri Jailani Johari, Naib Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Rozi Mamat dan kepimpinan BN Negeri.


`Masa Hadapan Kita Bina Bersama'

Manifesto Tambahan Barisan Nasional Terengganu mempunyai 5 komponen.

10. Komponen PERTAMA: 5 SEBAB KENAPA PERLU PILIH BN TERENGGANU

Sebab Pertama : ISTIQOMAH menjaga Maqasid Syariah

Sebab Kedua : BANYAK cerita kejayaan (success stories)

Sebab Ketiga : REKOD pentadbiran dan kepimpinan yang baik

Sebab Keempat : BERPENGALAMAN mengurus tadbir Negeri

Dan Sebab Kelima : BERSUNGGUH dalam membantu rakyat

11. Komponen Kedua : TEMA DAN WAR CRY
Tema Manifesto ialah  Masa Hadapan, Kita Bina Bersama atau Our Future, We Build Together
       War Cry kita ialah Terengganu…Molek Doh!

12. Komponen Ketiga : CERITA KEJAYAAN TERENGGANU
Oleh kerana kita mempunyai banyak cerita kejayaan yang melambangkan rekod pencapaian pentadbiran yang cemerlang, maka manifesto ini turut menyebut bahawa terdapat 144 cerita kejayaan, sepanjang lima tahun BN Terengganu menjadi Kerajaan dan kita turut berikan 10 contoh. 

13. Komponen Keempat : 5 TERAS AKUJANJI 

Pertama : Memartabatkan Agama Islam dan Keharmonian Beragama

Kedua : Meningkatkan usaha meringankan beban rakyat

Ketiga : Membina generasi TN50 ke arah Revolusi Industri 4.0

Keempat : Memperkasa Pendidikan sebagai asas kecemerlangan sumber manusia

Dan Kelima : Menyerlahkan lagi penglibatan aktif golongan Wanita dalam pelbagai bidang

14. 20 TOUCHPOINTS :

Pertama  : Mewujudkan 40,000 peluang pekerjaan

Kedua : Membina tambahan 20,000 unit Rumah Mampu Milik

Ketiga : Mewujudkan Onestop Center (JobsTerengganu)

Keempat : Mewujudkan Pelan Strategik Revolusi Industri 4.0 untuk generasi TN50

Kelima : Menjadikan Sukan Bermotor dan E-Sports sebagai sukan berimpak tinggi

Keenam : Mewujudkan Pusat Pemindahan Banjir Bersepadu (P2B) di setiap daerah

Ketujuh : Meluaskan Rangkaian Pengangkutan Awam di kawasan tumpuan ramai

Kelapan : Mewujudkan Sekolah Rendah Imtiaz (SERI)

Kesembilan : Mewujudkan Pusat Hemodialisis di setiap daerah

Kesepuluh : Menurunkan Bayaran Tol LPT2 sebanyak 50% secara berperingkat

Kesebelas : Membina rumah – rumah PPR di setiap daerah

Kedua belas : Menukar status rumah PPR daripada Sewa kepada Sewa beli

Ketiga belas : Membina LPT 3

Keempat belas : Memperluaskan Bantuan Program Transformasi Gerai untuk penjaja kecil dan usahawan mikro

Kelima belas : Memperkasa Pusat Pengajian Agama Harian untuk golongan dewasa di setiap daerah

Keenam belas : Memperkenalkan Kad Harga Patut kepada mereka dalam senarai e-kasih, OKU, Ibu Tunggal dan Anak Yatim

Ketujuh belas : Memperluaskan program Jualan Sentuhan Rakyat ke semua daerah

Kelapan belas : Memastikan peluang – peluang pekerjaan dan perniagaan mengutamakan rakyat Terengganu dalam Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL)

Kesembilan belas : Meningkatkan Penglibatan Golongan Wanita yang berkelayakan dalam pentadbiran kerajaan dan GLC

Dan kedua puluh : Mewujudkan Pusat Tahfiz Darul Iman di setiap daerah
SHARE

Author: verified_user

0 komen: