Tuesday, 24 April 2018

PRU14 : Seng Cheng Tanpa Jemu Bantu Penduduk

SHARE
Toh Seng Cheng
Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, Toh Seng Cheng berikrar untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dan menggerakkan momentum hingga kemuncak bagi mengembalikan kegemilangan kawasan itu.

Calon BN DUN Bandar yang lebih dikenali sebagai Áh Cheng' itu turut bertekad memastikan majoriti pengundi kawasan itu akan kembali menyokong BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

"Kita sudah lebih setahun bekerja dan memberi perkhidmatan tanpa jemu kepada penduduk memberi perkhidmatan terbaik oleh semua komponen dan sayap parti yang penuh komitmen secara tidak langsung mampu menguatkan lagi sokongan bukan Melayu dan golongan muda yang dilihat lemah sebelum ini.


"Saya melihat gelombang perubahan sokongan kepada BN sudah berlaku dan kita tidak boleh leka, malah perlu lebih gigih kerana setiap undi tanpa mengira bangsa dan golongan usia itu amat penting untuk kita meraih kemenangan besar dan merampas semula DUN ini,"katanya ketika ditemui selepas pengumuman calon-calon BN Terengganu, kelmarin.

Setiausaha MCA Bahagian Kuala Terengganu itu berkata, Dun Bandar mempunyai seramai 20,217 pengundi dan separuh daripadanya adalah pengundi muda. Sehubungan itu, pelbagai program dirangka bagi mendekati golongan itu serta merapatkan hubungan sesama bangsa seperti menerusi penganjuran Festival Peranakan Terengganu dan KT City Fun Run yang berjaya menghimpunkan golongan belia Melayu dan bukan Melayu dalam satu acara bersama sekali gus mengukuhkan perpaduan selain mewujudkan gaya hidup sihat.

"Jentera BN akan memberi fokus kepada pengundi muda yang merupakan sebahagian daripada keseluruhan pengundi kawasan ini kerana mereka di kalangan yang mudah terpengaruh terhadap mesej dalam media sosial masa kini yang tidak tepat dan diputarbelitkan.

“Saya amat berharap sebagai pengundi muda, mereka lebih peka dan membuat analisis dulu sebelum menerima satu-satu berita yang banyak dimanipulasikan oleh pihak yang berkepentingan,” katanya.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: