Sunday, 22 April 2018

PRU14 : Sabri Mahu Kekal Sebagai 'YB, Yang Berkhidmat'

SHARE
Mohd Sabri
Calon Barisan Nasional (BN) Ladang, Datuk Mohd Sabri Alwi mahu kekal menjadi 'YB' yang berkhidmat kepada lebih 22,000 pengundi di DUN itu sebagai kelangsungan gerak kerja parti jika dipilih memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

"BN sudah lama berkhidmat di seluruh Terengganu termasuk di DUN Ladang..bukan hanya lima tahun lalu kita tumpukan kawasan ini, malah sejak sekian lama kita turun bantu rakyat tanpa mengira parti, masa dan juga keadaan di seluruh kampung dan cawangan.

"Oleh itu, jika rakyat memberi mandat dan memilih DUN Ladang kembali kepada BN saya akan kekal sebagai YB, yang berkhidmat, kerana itu keutamaannya seperti mana yang sudah kita lakukan selama ini," katanya.

Sabri yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu dan Pegawai Pembangunan DUN Ladang berjanji untuk sentiasa melihat ke bawah mendengar permasalahan dan suara rakyat serta mengatasi setiap permasalahan itu dengan segera yang mungkin.

Menurutnya lagi, beliau sentiasa mengingatkan diri untuk menjadikan kesilapan dan kelemahan parti pada pilihan raya umum terdahulu sebagai ikhtibar bagi mengembalikan kekuatan BN dLadang tanpa mencari kesalahan pihak lain.

"Jika dipilih berada di atas pastinya rakyat di bawah dan akar umbi mahu supaya saya mendengar suara mereka dan menyelesaikan segala permasalahan yang ada.

"Saya akan sentiasa menunduk ke bawah dan sedaya upaya akan mengembalikan kepercayaan dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat untuk manfaat pengundi-pengundi di DUN Ladang,"katanya.

Terkenal dengan slogan 'Wi Gok Sekali',  beliau yang turut dikenali ramai penduduk sebagai pemimpin yang merendah diri dan mesra, juga yakin BN semakin berjaya menawan hati pengundi-pengundi DUN Ladang menerusi pelbagai gerak kerja turun padang  jentera parti yang diketuai beliau sendiri.

Tambahnya lagi, pelbagai program, bantuan dan usaha meningkatkan kualiti hidup rakyat yang dilakukan parti itu memberi petanda baik untuk Ladang mengembalikan kerusi itu kepada BN.



SHARE

Author: verified_user

0 komen: