Sunday, 22 April 2018

PRU14 : Rosol 'Comeback', Pertahan Hulu Terengganu

SHARE
Gandingan mantap calon-calon BN Hulu Terengganu


Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Dato' Rosol Wahid yang pernah berkhidmat sejak 1999 hingga 2013 dicalonkan sebagai Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Parlimen Hulu Terengganu.

Dengan tagline 'Hulu Terengganu Hulubalang Terengganu', kemunculan semula beliau selepas direhatkan seketika pada PRU13 mengganggap pencalonannya adalah sebagai wadah terbaik meneruskan perkhidmatan kepada rakyat.

Rosol berkata, tanggungjawab mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Terengganu itu merupakan satu takdir dengan peluang yang diberikan kepada selepas tiga penggal berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil sebelum ini.

"Alhamdulillah kerana diberi peluang sekali lagi untuk menabur bakti kepada rakyat Hulu Terengganu dengan kawasan yang lebih luas berbanding ketika saya menjadi ADUN seketika dahulu.

"Kali ini saya perlu lebih fokus  dan membuat perancangan rapi supaya rakyat Hulu Terengganu  tidak ketinggalan berbanding daerah-daerah lain dengan pengalaman yang saya ada sebelum ini," katanya kepada pemberita di kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Rosol

Ketika ditanya mengenai pertembungan dengan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Dato' Razali Idris, beliau menyifatkannya senario itu pelik tapi benar.

"Pertembungan yang merupakan antara sahabat yang pernah bersama dalam perjuangan yang sama dahulu. Satu perkara yang pelik tapi benar sebab dia tidak mengundi untuk diri dia sendiri yang berada di Marang tetapi bertanding di Hulu Terengganu.

"Saya tidak punyai masalah mengenainya dan saya yakin Parlimen Hulu Terengganu menang bergaya pada PRU14 nanti," katanya

SHARE

Author: verified_user

0 komen: