Monday, 23 April 2018

PRU14: Penduduk Bukit Besi Setia,Yakin Bersama BN

SHARE
Roslee



Berita oleh : Izzuan Ahmad 

Majoriti pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi masih yakin dengan kemampuan Barisan Nasional (BN) dan akan kekal memberi mandat itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kali ini.

Ini kerana parti tersebut telah membuktikan bahawa  telah banyak melakukan pembangunan serta membela nasib rakyat di kawasan tersebut.

Penyandang ADUN Bukit Besi, Roslee Daud yang juga bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berkata, respon rakyat dan pengundi untuk terus memihak kepada BN dizahirkan menerusi sambutan dalam pelbagai program anjuran parti dan Kerajaan BN.

Katanya, penduduk juga tanpa ragu mengakui hanya BN yang kekal dari dulu membela dan menunaikan janji kepada rakyat. Malah, tiada sebab untuk mereka menolak parti itu pada PRU nanti.

"Penduduk sudah melihat pembangunan yang telah dibuat oleh BN dan mereka mahukan parti ini untuk terus kekal pada kali ini.

"Ini dibuktikan dengan pelbagai bantuan yang telah diberikan seperti pemberian dana, Projek Perumahan Mampu Milik, Pembinaan LPT2 dan banyak lagi,"katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas pengumuman calon-calon BN Terengganu oleh Pengerusi BN Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Menurut Roslee
, pada PRU kali ini BN dilihat mampu memenangi dengan mudah kerana ianya merupakan kubu kuat di daerah ini.

" Kita tiada masalah dalaman kerana ahli parti sedar perbalahan tidak membawa apa - apa makna sebaliknya akan menghancurkan parti itu sendiri " katanya lagi.

Tambahnya, jentera parti sudah pun bersedia dari awal untuk menghadapi pilihanraya pada kali ini dan akan mempertahankannya daripada jatuh ke tangan pembangkang.



SHARE

Author: verified_user

0 komen: