Tuesday, 24 April 2018

PRU14: Masyarakat Cina Perlu Sokong BN

SHARE

Halina menyampaikan sumbangan kepada salah seorang ibu tunggal. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail


Masyarakat termasuk kaum Cina di negeri ini perlu terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kebajikan mereka terus terbela.

Yang Dipertua Badan Amal Dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi), To’ Puan Seri Halina Zakaria,  berkata golongan itu perlu mendukung dan menyokong kerajaan sedia ada supaya bantuan dapat terus disalurkan kepada mereka.
 
Katanya, ini kerana kerajaan sedia ada sentiasa komited membantu setiap golongan masyarakat di negara ini tanpa mengira kaum dan agama.

“Inilah indahnya keamanan di negara ini dan ia perlu dipertahankan. 

“Kita tutup cerita lama dan tutup buku lama, kalau ada perkara yang tidak bersetuju, kita lupakan sahaja. Kita sokong BN di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd  Najib  Abdul Razak,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Program Jelajah Cakna Ibu Tunggal Bandar bersama Serikandi di Dewan PPR, Padang Hilira, Kuala Terengganu, hari ini.


Seramai 600 ibu tunggal di DUN itu hadir bagi menerima sumbangan RM200 beserta barangan keperluan dapur dengan nilaian RM100.

Pada masa sama, kerajaan negeri turut  mengagihkan bantuan pengurusan RM5,000 kepada Kelab Ibu Tunggal DUN Bandar.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: