Saturday, 21 April 2018

PRU14 : Manifesto BN Penuhi Kehendak Rakyat

SHARE
Johari
Berita dan gambar oleh : Ezzuan Ahmad

Manifesto tambahan yang diumumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, baru-baru ini dilihat sebagai satu manifesto yang mampu membela nasib rakyat.

Dengan slogan tema 'Masa hadapan, kita bina bersama hari ini' dilihat sebagai langkah yang tepat untuk menjadikan Negeri Terengganu sebagai sebuah negeri maju dan sentiasa menjaga kebajikan rakyat pada masa akan datang.

Manifesto tambahan yang diumumkan  memberi penekanan khusus kepada memartabatkan agama Islam dan keharmonian beragama, mengurangkan beban rakyat dan membina generasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) ke arah Revolusi Perindustrian 4.0 (IR R.0).

Ianya menyentuh 20 perkara penting seperti mewujudkan 40,000 peluang pekerjaan dan pusat mencari kerja, JobsTerengganu serta memastikan keutamaan peluang pekerjaan bagi projek Laluan Rel Pantai Timur diberikan kepada anak tempatan.

Selain itu kadar tol Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) juga akan diturunkan sehingga 50 peratus secara berperingkat, status rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) akan ditukar kepada sewa beli daripada sewaan dan pembinaan tambahan 20,000 rumah mampu milik.

Dengan memberi penekanan kepada memperkasakan pendidikan dan penglibatan wanita di dalam pelbagai sektor dilihat sebagai tunjang utama kepada manifesto tersebut.

Orang ramai yang ditemui menyambut baik pengumuman tersebut dan dilihat sebagai satu manifesto yang mampu membela nasib semua golongan yang memerlukan.

Bagi pekerja swasta, Johari Mat Ali , 48, pengumuman yang dibuat merupakan sesuatu yang ditunggu oleh rakyat dan pasti dapat direalisasikan seperti mana yang ditunaikan  sebelum ini.

"Satu peluang yang baik dan bagi anak muda,  menambahkan peluang pekerjaan adalah satu yang ditunggu - tunggu dan patut direbut oleh mereka.

"Manakala isu rumah juga pada masa sekarang menjadi satu isu utama dan janji kerajaan untuk membina lebih banyak rumah kepada golongan pertengahan adalah satu yang terbaik dan mampu memenuhi kehendak rakyat," katanya.

Adawiyah

Bagi Adawiyah Abdul Mutallib, 31, Kerajaan BN tidak pernah melupakan apa yang telah dijanjikan sepertimana dalam manifesto sebelum ini.

Sambil menyifatkan sebalik manifesto itu, banyak perubahan dari segi pembangunan telah berlaku sejak merampas kembali tampuk pemerintahan pada 1999 lalu.

"Saya yakin terhadap kerajaan yang ada sekarang akan mampu membawa lebih banyak kemajuan dalam menjaga kesejahteraan rakyat khususnya.

"Saya tetap akan mengundi Barisan Nasional kerana saya yakin dan sudah merasa nikmat pembangunan yang telah dilaksanakan oleh parti ini sejak sekian lama,"katanya.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: