Saturday, 21 April 2018

PRU14 : Ketua Keselamatan PPBM Besut Keluar Parti

SHARE

Jentera Keselamatan Parti Pribumi  Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Besut lumpuh apabila Ketua Keselamatan parti itu, Hashim Che Hassan, 50, bertindak keluar parti itu, malam tadi.

Hashim membuat pengistiharan keluar parti dan menyerahkan borang permohonan menjadi ahli UMNO kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT) Dato' Seri Idris Jusoh pada majlis pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN) Parlimen Besut di Dataran Jertih Souq, Besut, malam tadi.

Majlis perisytiharan keluar parti dan penyerahan borang itu turut disaksikan lebih 5,000 penyokong BN yang hadir pada majlis pelancaran manifesto berkenaan.


Ketika berucap pada majlis itu, Hashim berkata, dia yang sudah setahun memegang jawatan itu hilang kepercayaan terhadap PPBM kerana tidak mempunyai arah perjuangan sebenar untuk membela bangsa Melayu.

“Saya diberi tauliah sebagai Ketua Keselamatan parti sudah tidak yakin kepada pemimpin PPBM malah tidak ada perancangan untuk membina negara,” Katanya yang disambut laungan Hidup Rakyat oleh penyokong BN.

Beliau berkata, dia baru sedar parti pembangkang tidak mampu untuk memberi apa yang dijanjikan bukan sahaja kepada ahli malah seluruh rakyat negara ini.

Oleh itu, katanya, tidak ada gunanya rakyat menyokong Pakatan Harapan (PH) kerana BN sahaja satu-satunya parti yang menjaga kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara.

Hashim berkata, beliau akan berusaha untuk menarik seberapa ramai ahli PPBM Besut supaya keluar dari parti itu dan menyokong semua calon BN di Besut.

Idris yang juga Menteri Pendidikan Tinggi ketika berucap pada majlis perasmian pelancaran itu berkata, BN akan terus memberi perhatian terutama meningkatkankan taraf pendidikan negara ke persada antarabangsa selepas diberi mandat semula pada (Pilihan Raya Umum Ke-14) PRU14 nanti.

Beliau yang juga calon bagi Parlimen Besut yakin pembangkang di Terengganu akan tewas pada PRU14 berikutan sambutan baik rakyat negeri ini terhadap kepimpinan Kerajaan BN sama ada di peringkat negeri mahupun Pusat.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: