Sunday, 22 April 2018

PRU14 : Abe Adi Pertahan Kota Putera

SHARE
Mahdi


Khabar angin yang bertiup kencang terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Mahdi Musa yang dikatakan tidak akan dicalon semula bagi mewakili Barisan Nasional (BN) terjawab apabila turut tercalon mengekalkan kerusi itu, hari ini.

Mohd Mahdi atau lebih dikenali dengan panggilan Abe Adi dipilih mewakili BN bagi kerusi yang pernah disandangnya sebelum ini.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi BN Negeri Terengganu, Dato' Ahmad Razif Abd Rahman di Majlis Pengumuman Calon BN Terengganu, di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu.

Mohd Mahdi sebelum ini menjadi perbualan hangat bukan sahaja di kalangan pembangkang malah penyokong UMNO sendiri apabila nama beliau dikatakan antara yang `direhatkan' pada PRU14.

Mohd Mahdi ketika ditemui selepas pengumuman itu berkata, beliau hanya mengetahui namanya disenaraikan semula selepas dihubungi Menteri Besar petang semalam.

Katanya, jika sekiranya tidak terpilih beliau tetap akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti.

"Saya akan memikul tanggungjawab yang diberikan parti dan memastikan penduduk DUN Kota Putera tetus menikmati pembangunan," katanya.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: