Permohonan Bantuan
Dana Perayaan Aidilfitri 2018 bagi
rakyat negeri ini dibuka selama sebulan, bermula hari ini (1 April) sehingga 30 April 2018.
Permohonan secara
atas talian itu diwajibkan kepada pemohon sama ada yang telah memohon sebelum
ini atau pemohon baharu, di mana mereka diminta mengisi kembali permohonan dan
tiada kemas kini maklumat.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin, berkata pendaftaran boleh dibuat melalui laman web www.danattb.terengganu.gov.my.
“Antara syarat
kelayakannya ialah pemohon mestilah mempunyai keluarga, rakyat Terengganu dan jumlah pendapatan
bulanan hendaklah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
“Manakalan pemohon
yang belum berkahwin, mestilah berumur melebihi 40 tahun serta berpendapatan
tidak melebihi RM2,000.00 sebulan,” katanya kepada teganukita .
Katanya, borang permohonan
hendaklah dicetak dan diserahkan kepada Pengerusi
Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung (JKKK) bersama salinan dokumen kad pengenalan, surat nikah,
surat cerai atau surat mati pasangan dan slip gaji.
“Bagi bagi pemohon
yang tidak mempunyai slip gaji, perlu mengemukakan surat pengakuan pendapatan
yang disahkan oleh Pengerusi JKKK atau penghulu mukim.
“Pemohon mestilah
seorang pengundi berdaftar di Terengganu. Maklumat yang tidak lengkap boleh
menyebabkan permohonan ditolak,” katanya.
0 komen: