Tuesday, 10 April 2018

Perlu Sedia Hadapi Revolusi Industri Keempat

SHARE

A. Latiff bersama pemenang anugerah. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail 













Masyarakat terutama penyelidik, pensyarah dan pelajar di negeri ini perlu bersedia menghadapi revolusi Industri Keempat (Industri 4.0) dan segala cabarannya untuk terus memajukan negara khususnya Terengganu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, revolusi itu menyaksikan Internet of Things (IoT) dalam hampir semua aspek kehidupan seharian dan berbeza daripada revolusi industri pertama yang tertumpu kepada penggunaan mesin berkuasa wap, kedua kepada elektrik, dan ketiga kepada penggunaan teknologi maklumat (IT).

Katanya. industri 4.0 hebat kerana ia menggantikan banyak kerja dalam revolusi pertama, kedua dan ketiga dengan proses automasi hasil bantuan perisian.


“Industri ini juga hebat kerana ia meningkatkan kecekapan pengurusan dan sistem penyampaian kerana semua urusan dijalankan secara digital,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks yang dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang pada Majlis Penutup Dan Penyampaian Hadiah Minggu Penyelidikan & Inovasi 2018, di Stadium Negeri, Kuala Nerus, petang semalam.



Ahmad Razif turut memberitahu, Industri 4.0 akan membawa perubahan besar antaranya kepada media tradisional apabila manusia hanya menggunakan telefon pintar dan komputer untuk membaca berita dan bukan lagi surat khabar.

“Persaingan media bukan lagi sesama sendiri tetapi terpaksa bersaing dengan media sosial yang lebih dapat menarik perhatian pembaca,” katanya.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: