Pemohon baharu Bantuan
Dana Perayaan Aidilfitri 2018 yang memenuhi
syarat kelayakan perlu mengisi borang yang dipaparkan melalui laman web www.danattb.terengganu.gov.my.
Manakala penerima tahun
lalu hanya perlu mengemaskini maklumat sekiranya
terdapat sebarang perubahan berkaitan alamat, jumlah pendapatan, pertambahan
bilangan anak, status perkahwinan dan sebagainya.
Borang yang
dikemaskini atau permohonan baharu hendaklah
dicetak dan diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
Kampung (JKKK) bersama salinan dokumen kad pengenalan, surat nikah, surat cerai
atau surat mati pasangan dan slip gaji.
Timbalan Setiausaha
Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin, berkata bagi pemohon yang tidak mempunyai slip gaji,
perlu mengemukakan surat pengakuan pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JKKK
atau penghulu mukim.
Katanya, pemohon
mestilah seorang pengundi berdaftar di Terengganu. Maklumat yang tidak lengkap
boleh menyebabkan permohonan ditolak,
“Permohonan dana itu
dibuka selama sebulan, bermula 1 April lalu sehingga 30 April depan.
“Pengagihan dan
penebusan baucer dijangkakan bermula pada 17 Mei depan di Bank Simpanan
Nasional (BSN) dan Agrobank manakala tempoh sah laku baucer akan berakhir pada
17 September,”katanya.
0 komen: