Friday, 20 April 2018

Mobilepreneur@KKLW Bantu Belia Luar Bandar Kembang Perniagaan

SHARE
Ahmad Razif bersama sebahagian 257 penerima Mobilepreneur pada Majlis Penyerahan  Mobilepreneur@KKLW peringkat Negeri Terengganu di Dataran Permata Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim.
Program Usahawan Bergerak (Mobilepreneur) yang dilaksanakan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bukan sahaja memberi peluang belia berniaga malah berupaya memgembangkan lagi perniagaan yang tengah diusahakan.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, menerusi program yang menyediakan pemberian pakej keusahawanan kepada peserta meliputi sebuah motosikal yang dipasang dengan kotak peralatan, set peralatan kemahiran dan diberi kursus asas keusahawanan sangat bermakna buat golongan itu.

"Tahniah dan terima kasih kepada KKLW yang telah mewujudkan satu program hebat kepada rakyat khususnya untuk golongan muda kerana mereka yang mempunyai kemahiran dalam bidang tertentu diberi peluang untuk mengembangkan bakat perniagaan sedia ada.

"Saya difahamkan mereka ini adalah yang terdiri daripada golongan belia yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 dan 2 serta mempunyai pengalaman sekurang- kurangnya enam bulan berkecimpung dalam bidang yang mereka minati,"katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Penyerahan Mobilepreneur@KKLW Negeri Terengganu di Dataran Permata Seberang Takir Kuala Nerus, hari ini.

Pasa majlis itu, sebanyak 257 Mobilepreneur@KKLW telah diserahkan kepada peserta yang terbabit dalam perniagaan perkhidmatan termasuk perkhidmatan automotif, elektrikal, penghawa dingin, jahitan dan lain-lain lagi yang telah berjaya dalam permohonan tahun lalu.

Katanya, peserta program ini cukup bertuah kerana selain dibantu dari segi peralatan dan latiha, KKLW menerusi FELCRA dan Giat Mara akan terus melakukan pemantauan dan memberi bimbingan terhadap usahawan ini.

Sehingga kini, menerusi Mobilepreneur, KKLW telah membantu kira-kira 3,000 belia khususnya dari luar bandar menjalankan perniagaan berasaskan perkhidmatan secara bergerak tanpa perlu membuka premis perniagaan.





SHARE

Author: verified_user

0 komen: