Friday, 20 April 2018

MB Hadiri Forum Perdana Di Tok Jembal

SHARE
Ahmad Razif ketika menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam di  Dewan Serbaguna Tok Jembal, malam tadi. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkesempatan meluangkan masa hadir pada Forum Perdana Ehwal Islam di Dewan Serbaguna Tok Jembal, Kuala Nerus malam tadi.

Turut hadir di program anjuran kerajaan negeri itu isterinya, To' Puan Seri Halina Zakaria, Pegawai Pembangunan Kuala Nerus Dato' Basir Ismail serta Pengarah Unit Komunikasi Negeri Dato' Muda Mamat.


Dengan tajuk ‘Bersyukur Terengganu Molek Doh’ forum itu menampilkan dua ahli panel terkenal iaitu Pakar Motivasi, Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah dan Felo Utama Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (Inspire) UniSZA, Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Pakar Motivasi, Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad bertindak sebagai moderator forum berkenaan.








SHARE

Author: verified_user

0 komen: