Friday, 13 April 2018

Kurangkan Beban Kami - Ibu Tunggal

SHARE

Penerima bantuan barangan dapur dan wang tunai berjumlah RM300 seorang daripada Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil- wakil Rakyat (Serikandi) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong, Marang gembira dan terharu dengan keprihatinan badan itu tanpa jemu membantu mereka.

Bantuan yang berjumlah RM270,000 kepada 900 ibu tunggal sempena program Jelajah Cakna Ibu Tunggal di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Payong disempurnakan Yang Dipertua Serikandi, To' Puan Seri Halina Zakaria, semalam.



Bagi Peah Deraman,64, dari Kampung Sena Rendang, Marang, beban memimpin keluarga amat berat jika tidak mendapat bantuan mana-mana pihak khususnya agensi kerajaan.

"Oleh itu bantuan dari Serikandi ini sangat membantu kami untuk menampung perbelanjaan serba-sedikit.

"Selain Serikandi, agensi kerajaan negeri juga banyak memberikan bantuan kepada kami sama ada melalui pemberian barang keperluan, wang tunai serta latihan keusahawanan," katanya.

Ini turut diakui rakan sekampungnya, Semek Malik, 60, yang berharap bantuan sebegini akan diteruskan pihak berkenaan demi meringankan beban golongan tidak bernasib baik seperti mereka.

"Saya bersyukur dan berdoa kerajaan yang banyak membantu rakyat kekal memerintah dan terus menjaga kebajikan," katanya.



Sementara itu, seorang lagi penerima, Khatijah Awang, dari kampung Surau Haji Mat Din, berkata bantuan itu banyak meringankan beban keluarganya sekali gus dapat menguruskan perbelanjaan lain seperti menyediakan keperluan ubat-ubatan.





SHARE

Author: verified_user

0 komen: