Monday, 23 April 2018

Kewangan Negara Kukuh

SHARE

Oleh: Izzuan Ahmad

Kedudukan kewangan negara yang agak kukuh menjadi bukti kerajaan dapat melaksanakan pelbagai  projek pembangunan di negara ini tanpa memohon pinjaman daripada pihak lain, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Meurutnya, kewangan yang mencukupi juga membolehkan kerajaan menyalurkan pelbagai sumbangan untuk kepada rakyat termasuk Bantuan Rakyat 1alaysia (BR1M) bagi memastikan kesejahteraan rakyat di negara ini.

"Rakyat  tidak perlu bimbang dengan tohmahan pelbagai pihak termasuk pembangkang yang mengatakan semua pemberian itu akan menyebabkan negara boleh menjadi muflis atau terpaksa membayar hutang pihak tertentu,"katanya.

Beliau berkata demikian pada Program MOF Bersama Rakyat anjuran Jabatan Akuantan Negara Malaysia di Arena Merdeka, Dungun, semalam.

Hadir sama, Pegawai Daerah Dungun, Ibrahim Mohamad dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Osman Bakar.

Lebih 5,000 penduduk Dungun hadir memeriahkan program tersebut yang menyediakan pelbagai kemudahan termasuk Jualan Sentuhan Rakyat.


Beliau berkata, perkembangan positif itu menyebabkan Perdana Menteri berani mengumumkan pelbagai projek pembinaan dan sumbangan kepada rakyat termasuk BR1M ekoran ekonomi negara sedang pesat berkembang.

"Jadi inilah hasil kerajaan kita pulangkan balik.. pemberian bantuan-bantuan yang diumumkan Perdana Menteri.. Kerajaan dah buat perkiraan dan kewangan kerajaan mencukupi untuk membina dan menjalankan program-program tersebut,"katanya.

Menurut Irwan, beliau kesal dengan dakwaan pembangkang yang mengatakan negara terpaksa berhutang demi untuk memenuhi atau menarik sokongan rakyat ketika negara bakal berdepan dengan Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

"Pembangkang seolah-olah terdesak untuk meraih simpati rakyat dengan menabur fitnah bagi meraih simpati rakyat untuk menyokong mereka. Rakyat sekarang sudah bijak untuk menentukan mana yang betul, mana yang salah,"katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata projek Laluan Rel Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang sedang rancak pembinaannya di Terengganu bakal memberi limpahan pembangunan ekonomi kepada penduduk Pantai Timur.

Irwan berkata, projek yang dijangka siap menjelang 2024 itu akan mewujudkan pelbagai pusat komersial yang bakal memberi peluang perniagaan kepada rakyat.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: