Sunday, 8 April 2018

Kerajaan BN Tepati Janji, Tiada Rakyat Terpinggir

SHARE

Kenyataan Rasmi 
YAB Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman sempena pelancaran Manifesto Barisan Nasional Pilihan Raya Umum Ke -14 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur (7 April 2018)

Manifesto yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak, sebentar tadi membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak sesekali mengabaikan nasib rakyat dari setiap golongan.


Bermula dari Perlis sehinggalah ke Sabah, manifesto tersebut menekankan setiap inci perihal kebajikan rakyat serta pembangunan negara bagi membolehkan ekonomi negara berada di tahap yang lebih selesa.

Kerajaan BN merupakan sebuah kerajaan yang menepati janji dan tidak menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat sepertimana yang dicanangkan oleh parti pembangkang untuk membeli undi rakyat dan memperdayakan mereka.

Malah manifesto yang diumumkan pada pilihan raya umum yang dahulu, Kerajaan BN telah berjaya melaksanakan semua manifesto yang diumumkan.

Jadi rakyat tidak perlu berasa takut dan ragu-ragu dengan Kerajaan BN kerana kita janji, kita umum, kita buat dan kita laksanakan, bukan sahaja untuk kepentingan rakyat, malah untuk pembangunan modal insan serta negara.

Kepada rakyat Terengganu, sekiranya diberi mandat sekali lagi kepada Kerajaan BN untuk memerintah, sudah pastinya pengumuman pembinaan lebuh raya yang menghubungkan dari Tepoh di Kuala Nerus ke Kelantan akan merancakkan lagi ekonomi tempatan tersebut di samping menjimatkan masa perjalanan.

Ini merupakan berita gembira buat rakyat Terengganu khususnya penduduk di Kuala Nerus, Setiu dan Besut.

Oleh itu, rakyat perlu yakin dan percaya bahawa Kerajaan BN merupakan kerajaan yang diasaskan untuk memberikan kesenangan dan kemakmuran kepada rakyat dan bukannya berasaskan dendam dan benci yang akhirnya akan memakan diri sendiri.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: